Isu ini pernah timbul satu ketika dahulu. Aku tidak pasti ianya datang lantaran dari kesedaran dan kerisauan kepada fenomena sekarang(remaja rosak akhlak dan berbagai-bagai lagi) atau sekadar pengalih tumpuan rakyat daripada tertumpu kepada hal yang lebih sesitif. Abaikan saja andaian-andaian buruk kita itu.
Tentang pendidikan sex ini. Apa sebenarnya yang kita nak ajarkan? Nak didik macam mana nak melakukan sex? Atau, macam mana nak lakukan sex yang betul? Atau selamat? ‘Selamat dan betul’ dalam istilah ‘SiAPA’? Sedang istilah ‘SELAMAT’ itu sendiri pun kena pikirkan terlebih dahulu. Nak amek dari ‘kamus’ mana.
Semua idea-idea ini datangnya dari barat, diorang apa masalahnya dengan sex?(aku tidak maksudkan apasaja yang datang dari barat itu buruk) Hanya bila kita menumpukan pembicaraan kita kepada pendidikan sex ini.
Pendidikan sex bagi orang bukan Islam bermaksud. (BAGAIMANA MENJALINKAN HUBUNGAN SEX DENGAN SELAMAT). Sedangkan dalam Islam ianya berkaitan dengan ‘JALANNYA’. Yaitu dengan jalan apa ‘sex’ itu menjadi boleh, atau bahasa feqahnya ‘HALAL’. Jadi jika hal ini nak dijadikan salah satu mata pelajaran, silibers’ tur kena ubah suai sikit(bukan sikit, tapi hampir keseluruhannya).
Sebab, di barat mata pelajaran sex ini adalah , dengan menitik beratkan. Bagaimanakah sex itu bisa dilakukan dengan cara yang selamat. ‘SELAMAT’ dalam erti kata mereka adalah (Bebas melakukannya tanpa risiko penyakit).
Sedangkan bagi Islam ‘SELAMAT’ ialah, sex itu dilakukan setelah pasangan ‘lelaki dan perempuan’ itu bernikah.
Jika mata pelajaran ini hendak dilaksanakan. Ianya perlulah diolah dan disesuaikan dengan maksud itu tadi. ‘SELAMAT’ dalam ertikata Islam dan Malaysia.
Jika sekadar untuk menyambung buah fikir skularisme yang sangat bertentangan dengan Islam, baiklah tak payah. Sebab , sudah fitrah manusia normal lelaki berkehendakkan perempuan. Dan yang perempuan berkeinginkan lelaki. Dan mereka tau mana nak ‘masukan’. Cuma yang sepatutnya diberi pendidikan dan dititik beratkan, ‘masa bila boleh masuk’. Bukan ‘macam mana nak masuk tanpa risiko’.
Mintak encik menteri kat Motherland kiter nih sesekali pikir macam orang Islam sikit. Sebab tak der ruginya berkelakuan demikian. Dan tidak banyak juga untungnya, atau entah tiada sama sekali kebaikannya berfikiran macam orang yang bukan Islam tur.
Jangan pula keterbukaan kita kepada isu ini menyebabkan nanti dah jadi macam Afghanistan pulak(kondom dibagi percuma, supaya Aids tak merebak). Cis… ini semua usaha-usaha jahat mereka !.
Sebenarnya, pergaulan bebas dan sex luar nikah ini di sogokkan kepada masyarakat Islam kedalam rupa yang baik dan cantik adalah bertujuan merosakkan susur galur, atau salasilah keturunan Nabi SAW. Mereka dengan sedaya upaya cuba merosakkannya. Supaya tiada keturunan yang pure ahli bait. Mereka cemburu, kerana lewat ini cuma masyarakat Islamlah yang masih mampu mempertahankan salasilah keturunan mereka. Sedang bangsa yang beragama lain telah putus susur galurnya dimana-mana. Mereka cuba sedaya upaya melenyapkan tentera-tentera Imam Mahdi sebelum kelahiran mereka.
Baiklah, kita tinggalkan hal itu, dan berbalik kepada pokok perbincangan ini tadi. Kenapa timbul ketakutan kepada golongan pendidik ini? Takut disaman penjaga? Eh, kalau dah mudharat yang diajarkan, apa salahnya saman, bukan?
Jadi untuk mengelakkan semua itu, kaji dululah teras pendidikan itu tadi. Nak bagi pendidikan ‘SEX’ kepada pelajar sekolah. Jadi teras pembelajaran mengenai itu adalah apa? Dan itulah perlu dikaji terlebih dahulu. Macam yang aku timbulkan sebelumnya, ‘SELAMAT’ dalam ertikata ‘KITA’ , bukan selamat dalam ertikata ‘MEREKA’(barat).
Atau bapak menteri malas nak pikir? Just copy and paste jerk dasar pendidikan British? Macam yang kita buat 50 tahun dulu? Alaah dato Seri’, engkau tak payah pikir, ujudkan saja jabatan yang memikirkannya. Kot selama ini pun korang bukan pikir sendiri pun. (nak menipu pun orang lain yang tolong pikirkan) Bukan semua menteri macam tur.. hehhee.. ader menteri yang tulus dan ikhlas juga. Tapi yang sikit nih laa yang buat comot golongan comel-comel yang ramai tur.