Menarik Duit Dari Alam Jin

Share

Aku sebenarnya tak tahu nak bercerita pasal apa ni. Dari tadi dok terkebil-kebil nengok keyboard, tak tau nak taip apa. Nak tulis tentang hari semalam yang dah jadi sejarah pun payah rupanya yer? Macam ni. Apa kata hari ni aku bercerita pasal alam ghaib sikit. Topik dia menarik harta, emas, duit dan sebagainya dari alam bunian , alam jin atau alam ghaib.

Hah!!! Topik pun pelik bunyinya yerp? Sebenarnya ada kisah dia. Pernah dulu sekali ada member aku dating kerumah. Nama pangilan dia L (aku terpaksalah rahsiakan untuk memelihara nama baik dia). Di pendekkan cerita dia datang kerumah aku semata-mata nak meminjam barang-barang antik yang dalam koleksi aku.(aku memang minat sangat pada senjata-senjata lama, macam keris dan macam-macam lagi)

Bagi yang pernah dengar cerita-cerita macam ni, tentu lah tak berasa herannya. Tapi bagi yang baru pertama kali dengar, pelik juga kan. Apa kena mengenanya keris dengan duit alam ghaib? Apa sangkut-pautnya tepak sirih tembaga kuning dengan emas di alam bunian yer? Tapi itulah kenyataannya.

Dialog:

L         : “Abg long kome(kami) ni nak minta tolong ni.”

Aku     : “Tolong bender?”

L         : “Gini…..(berceritalah dia pasal nak menarik harta(duit) yg tidak berzakat di alam Jin.)”

Katanya, Perantara atau 'tukang karut'  yang mengusahakan tur (Tok Bomohlah, senang cakap!!!) hendakkan barang yang kuat(barang lama, lagi elok yang berkhadam “berpenunggu”) untuk dijadikan pakaian ‘Perantara’ untuk memerintahkan jin tertentu menjadi khadam dan masuk ke perbendaharaan dan negeri bunian dan sebagainya.

Lama aku terdiam dengarkan ceritanya. Sebenarnya kerja yang lebih gila dari ini pun aku pernah buat. Dan dari situlah aku belajar mengenal antara yang menafaat dan yang sia-sia. Kalau Muhammad Isa Dawud pernah berdialog dengan  jin. Aku pun pernah berdialog malah lebih dari dialog. Pengalaman ini pernah aku lalui pada tahun 2001. Selama 3bulan lebih aku melalui pengalaman yang sangat aneh ini. Aku boleh melihat dengan jelas alam jin. Aku Nampak mereka berjual beli. Aku Nampak mereka bercucuk tanam. Aku Nampak mereka kemasjid. Aku Nampak mereka berkenduri-kendara dan berkahwin.

Mereka(jin) juga bersahabat, bersaudara dan berkelahi sesama mereka. Cuma kalau ada perbezaan pun adalah dari segi bilangannya. Dunia jin tidak ada rumah kosong atau tanah terbiar macam dunia manusia. Mungkin kerana bilangan mereka yang ramai menyebabkan mereka terpaksa menggunakan segenap ruang yang ada. Negeri mereka kecil-kecil jika dibandingkan dengan negeri manusia. Contohnya Pahang ialah satu negeri bagi manusia, tetapi di dalamnya sudah ada beratus-ratus negeri kerajaan jin. Dan walaupun mereka ini boleh bergerak dengan sangat cepat dan laju. Tetapi cara hidup dari satu kerajaan kesatu kerajaan yang lain itu ada kalanya sangatlah berbeza. Kerana mereka(jin) ini sangat bongkak dan sombong untuk mengikut cara hidup dan fahaman orang lain. Jadinya ada negeri mereka yang sangat maju dan moden dan tidak jauh dari negeri itu ada pula negeri yang sangat antik(hidup dengan cara lama)  cara hidupnya.

Aku tegaskan sekali lagi di sini. “Aku melihatnya dan masuk diantara mereka bukan aku mendengar cerita-cerita dari mereka-mereka yang terdahulu” Namun bagi kalian yang mengatakan ini tahyul semata-mata anggaplah ini sekadar bacaan yang tidak lebih dari mustika dan sebagainya.

Ada diantara mereka sangat ramah dan ada juga diantara mereka yang sangat kasar tingkah lakunya. Namun sangat miripnya mereka itu sehingga jika masuk mereka kealam manusia tidak mungkinlah untuk di kenal dengan sekali imbas pandang. Dan bergitu juga keadaannya sewaktu aku masuk kealam mereka.

Dialog:

Aku     : “ Abg tak boleh bagi awak nak pakai barang-barang tur.”

L         : “ Tapi kiranya kome nak pinjam je bang.” “Orang tu(Perantara) kata barang tak rosak. Khadamnya pun boleh di pupuk balik, tak lari”

Aku     : (menghela nafas panjang) “Bukan abg sayangkan barang atau khadamnya,……macam ni lah”

L         : (Membetulkan duduk silanya. Mengemaskan letak kakinya. Tidak sabar benar gayanya dia. Sebenarnya L datang berdua dengan kawan dia yang aku tak kenal. Baya umur dia, rasanya tua dari aku. Tapi dari tadi asyik “abis macam mana bang?” “ abis macam mana bang?”. Hisk kompius la aku ni.)

Aku     : “Macam ni lah. Abang cerita sikit. Ini perumpamaannya.”

Jadi aku pun bercerita pada diorang tur. Dah sorang muda dari aku , pangkat adik-adik. Dan sorang lagi orang tua yang merasa aku lebih tua dari dia. Hah elok sangatlah tu. Aku bukan nak mematahkan semangat sapa-sapa. Tapi biar kena dengan tempatnya. Bagi aku ini kerja yang sia-sia gilanya.

Yang pertama. Hendak di apakan khadam itu nanti?

L         : “Untuk di perintahkan mengambil duit dan harta yang tidak berzakat didalam dunia bunian atau jin”

Aku pun terangkan. Ceritanya bergini. Kalau harta atau duit itu adalah harta raja-raja jin. Khadam yang Perantara(tukang karut) hantar itu mistilah berpangkat Raja-raja juga dikalangan jin. Ingat ye, bukan raja yang dah tak ada jajahan atau negeri, tetapi mistilah raja yang masih punya tahtanya, kerajaannya dan bala tenteranya. “Tukang karut” yang sedang mana agaknya yang mampu mengarahkan khadam yang setara itu statusnya.

Andai pula yang hendak di ambil itu adalah harta pembesar-pembesar atau panglima-panglima didalam kerajaan jin itu. Maka khadam yang perlu dihantar paling-paling ‘koman’ pun standard Laksamana, atau Jeneral. Jangan kata aku berolok-olok akan cerita ini. Inilah hakikatnya. Mereka punya organisasi yang tersusun seperti manusia. Malah lebih dari yang manusia punya.

Kesimpulannya di sini apa? Atau persoalannya? Ya.. persoalannya, adakah ‘tukang karut’ itu tadi mampu mengarahkan khadam yang mempunyai status-staus yang tinggi di kalangan jin itu? Andai kata jawapannya dia mampu. Maka ada raja yang besar darjat dan kerajaannya, ada raja yang kecil kerajaannya. Adakah raja jin yang mampu di perintahkan itu berani hendak menyeberang sempadan negeri dia yang kecil? Sudahnya harta siapakah yang akan diambil? Hanya harta-harta mereka-mereka yang tidak berdaya dan rendah status kedudukannya. Yang harta dan ternakan atau emasnya yang tidak sampai timbangan perlu dizakatkan. Maka kezaliman kamu bukanlah hanya sesama manusia, malah kamu menzalimi jin-jin juga. Giler!!!!

L         : “Tapi bang kita tak ambil harta jin-jin susah bang, kita ambik yang kaya-kaya dan yang tak berbayar zakat tu.”(laaa , tak paham lagi)

Baiklah. Ini satu lagi susahnya. Dahlah kena cari yang berstatus tinggi dalam kerajaan jin itu. Kena pulak yang alim dalam agama. Kena yang tau kira-kiranya. Kena yang  belajar fekah pulak dah. Kalau tidak mana dia tahu nak ambik banyak mana. Hisk,…..

Satu lagi zakat itu adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam kalangan mereka. Macam mana rupa logiknya kalau kita(manusia) berzakat, dan bagi tahu amir yang ngambik zakat tu. “Zakat saya kali ini saya nak serahkan kepada ibu-ibu tunggal di kalangan jin” Hahahahaha…… itulah rupanya jin yang nak berzakat dan bagi ke manusia sedang dalam kalangan mereka pun ada yang melarat juga.

Sudahnya aku cakap. “Ginilah, bagi aku hidup kita ni sangat mudah pendiriannya. Apa yang berkaitan dengan jasmani kita ni, kita selesaikanlah dengan tulang empat kerat. Dan yang berkaitan dengan rohani pula kita sudahkanlah mengikut cara  rohani pula.”

Bukankah aneh rupanya apabila manusia itu menadah tangannya kepada Allah. Seraya berkata “yaa Allah, kurniakanlah aku rezeki kasihankanlah aku yang lapar dan melarat.” Sedang dia berdiri di atas tanah pusaka nenek moyangnya yang subur. Dengan benih gandung di gengam tidak di semaikan.

Suatu hari seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w. Lalu Nabi bertanya: “Kamu datang dengan apa?” Jawab lelaki itu: “Dengan unta. Aku biarkan di luar dan aku bertawakal.” Nabi berkata: “Ikat dulu, kemudian  tawakal.”

Jadi golongan yang menyerahkan diri kepada takdir semata-mata tanpa usaha ini adalah orang yang bodoh dan nyata kebodohannya.

(Terdiam lama)

Aku     : “Minum airnya, dan makan dulu kuih(rezeki) yang ada tu”

Aku adalah orang yang yakin dan percaya setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Andai kata kita mengambil sesuatu( dari makhluk ) maka harusnya kemudiaan dari itu kita kena membayar dengan mahar yang sama pula, kerana hidup ini sangat adil perjalanannya. Tidak kira  perbuatan itu kepada manusia atau kepada jin. Balasannya tetap sama juga.

Kadang-kadang manusia ini terlalu taksub pada yang ganjil-ganjil dan sangat mudah terpengaruh apabila terjadi sedikit perkara yang pelik-pelik. Kenapa susah sangat kita hendak menerima hidup ini seadanya. Kenapa perlu sangat kepada mimpi-mimpi indah yang nyata itu adalah mimpi?

Tinggalkan cerita aku dan mereka itu tadi. Sudahnya mereka balik dengan tangan kosong. Aku tidak akan mengizinkan sama sekali mereka pulang dari rumah aku bersama harapan karut. Dengan sebilah keris lama yang tidak lebih dari sebatang besi yang berlekuk-lekuk boleh mendatangkan keuntungan dunia dengan cara begitu.

Pernah satu ketika seorang yang sangat rapat dengan aku bertanya kepada aku dengan harapan dan harap.

“Ady boleh masuk kealam bunian tak?” Ini satu soalan cepu emas juga. Yang aku tak tahu dari mana mula perkataannya yang hendak aku gunakan untuk jawapannya.

Aku     : “Untuk apa?”

            : “Untuk mengambil emas dan barang-barang berharga.”

Aku     : “Eh mana boleh kita ambil barang yang bukan hak kita, tak kiralah dari dunia bunian sekalipun.”

            : “Bukan, barang tu adalah barang-barang kapal yang karam, barang-barang saudagar-saudagar yang kapalnya karam dahulu.” “Orang bunian ni Cuma jaga jer. Tapi dia boleh bagi pada sesiapa yang layak untuk ambil dan yang berhak.”

Adoi. Ini satu lagi cerita yang aku kompius nak menerimanya ni. Tak per nanti aku sambung dalam tajuk dunia bunian menurut pandangan dan pengetahuan aku. Sebelum itu bolehlah para pembaca sekelian menyambung ke artikel aku yang bertajuk "jin dalam pandangan aku"

Anda Mungkin berminat untuk membaca:
* Jin,sahabat dan khadam, sihir
* Bagaimana masuk ke Alam Bunian
* Cara Masuk Kealam Bunian
* Jin dalam Pandangan aku
* Asal Kejadian Jin
* Apakah atau Siapakah Qarin

 

 Tambah Pendapatan Anda Dengan Hanya Menjadi Penguna Prepaid

 

Add comment


Security code
Refresh