Peranan Saidatina Khadijah r.a Dalam Membantu Rasullullah Berdakwah

Share
Peranan Saidatina Khadijah r.a Dalam Membantu Rasullullah Berdakwah

Adapun peranan Khadijah sewaktu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mula-mula menerima wahyu dan diangkat menjadi Rasul, secara ringkasnya dapat disimpulkan seperti di bawah...

1. Khadijah amat mengenali dan memahami jiwa, peribadi serta akhlak suaminya dari sejak kecil sehingga dewasa. Beliau mengetahui betapa Rasulullah membenci adat kaum Quraisy yang menyembah dan mendewakan berhala. Demikian juga Baginda sangat benci kepada kegemaran kaumnya yang berjudi dan minum khamar, serta melakukan perbuatan di luar peri kemanusiaan seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana rasa malu dan takut jatuh miskin.

2. Khadijah memberi suaminya kesempatan dan kebebasan yang sebesar-besarnya untuk berfikir dan beruzlah, dalam usaha untuk mencari hakikat yang benar dan mutlaq. Baginda diberi dorongan semangat agar terus mencari kebenaran, dan tidak dibebani dengan persoalan rumahtangga dan perdagangan, yang semuanya diuruskan oleh Khadijah sendiri. Dan ketika Nabi bertafakur di Gua Hira', disediakannya perbekalan untuk Baginda tinggal di sana selama beberapa hari, dalam melakukan tahannuts mencari hakikat yang benar itu.

3. Ketika Nabi Muhammad berada dalam keraguan dan kebimbangan menghadapi kejadian-kejadian yang dilihat dalam mimpi Baginda, Khadijah meyakinkan suaminya, bahawa dengan akhlak Baginda yang mulia dan tidak pernah menyakiti hati orang lain, adalah mustahil Nabi akan diganggu atau digoda oleh jin dan syaitan.

4. Ketika Nabi Muhammad berada dalam kegelisahan dan kebingungan setelah menerima wahyu yang pertama, Khadijah menghiburkan hati dan meyakinkan suaminya, bahawa suaminya itu dilantik menjadi Rasul, dan akan mengangkat darjat kaumnya dari lembah kejahilan dan kesesatan kepada darjat kemuliaan dan kebahagiaan. Setelah hilangnya keraguan dan kecemasan suaminya, Khadijah pergi berjumpa dengan Waraqah bin Naufal, untuk menceritakan hal yang dialami oleh suaminya. Lalu Waraqah menjelaskan kepada beliau berdasarkan pengetahuannya dalam kitab Injil yang dipelajarinya, bahawa Muhammad tlh dipilih menjadi Nabi.

5. Ketika suaminya menerima wahyu kedua yang berisi perintah menyuruh Nabi mulai bekerja dan berjuang menyebarkan agama Allah dan mengajak kaumnya kepada agama tauhid, Khadijah merupakan manusia yang pertama yang mempercayai kalam Nabi dan menyatakan keimanannya, tanpa sedikit pun keraguan kepada apa yang disampaikan oleh suaminya.

Peranan Khadijah sebagai isteri dan wanita pilihan yang memang tlh dipilih dan ditetapkan oleh Allah dalam qadar-Nya adalah amat besar, dalam membantu usaha dah'wah suaminya untuk menyeru dan mengajak kaumnya kepada agama tauhid, meninggalkan sembahan berhala dan adat-adat jahiliyyah, serta mengesakan Allah. Allahu a'lam..

- Al-Qur'an dan Terjemahannya, cetakan al-Malik Fahd, Madinah.

Diriwayatkan dari Aisyah, beliau berkata: "Rasulullah hampir tidak pernah keluar dari rumah sehingga Baginda menyebut-nyebut kebaikan tentang Khadijah dan memuji-mujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu, lalu aku berkata: Bukankah beliau seorang wanita tua, yang Allah tlh menggantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau? Maka Baginda marah sampai berkerut dahinya, kemudian bersabda: Tidak! Demi Allah, Allah tidak memberiku ganti yang lebih baik darinya. Sungguh Khadijah tlh beriman di saat manusia mendustakanku, dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku, dan dgnnya Allah mengurniakan zuriat kepada ku dan tidak dengan wanita yang lain. Aisyah berkata: Maka aku berjanji untuk tidak menjelek-jelekkannya buat selama-lamanya."

Copy from : http://ainnurhuda.multiply.com/journal/item/12/Peranan_Saidatina_Khadijah

Add comment


Security code
Refresh