Assalamualaikum Para Pembaca yang dirahmati Allah .
Tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesalah fahaman sesetengah pihak yang tidak mengenal saya. Pertama-tama sekali, saya bukanlah ustaz seperti ada sesetenagh pembaca sangka. Saya cuma mat rock yang pernah belajar mengaji dengan pittam Tauhid di hulu kampung saya. Dan pernah mendengar dia membacakan kitab-kitab agama.
Saya juga cuma mat rock yang suka mendengar dan membaca sesuatu berkaitan dengan Islam, dan cuba untuk menulis serta memanjangkan tulisan-tulisan yang sedemikian.
Saya rasa penting untuk saya jelaskan disini, supaya tidak tersalah paham kepada yang lain. Saya bukanlah seorang yang ahli dalam hal-hal feqah, jauh sekali untuk beristijhad. Pendapat saya, serta hujah-hujah saya adalah panjangan dari hujah-hujah ulama-ulama yang telah disepakati.Saya Cuma memanjangkan sahaja. Cuma dalam menyokong sesuatu pendapat dan bertakhlik dengan sesebuah fatwa itu, saya cuba sedaya upaya menghalusinya . Yang manakah paling sesuai dipraktikkan, sesuai dengan masyarakat kita disini.
Bukanlah bermakna saya keberatan berkongsi maklumat dan pengetahuan yang saya ada. Cuma dalam sesetengah hal yang membabitkan permasalahan baru yang saya tidak jumpai rujukannya(bukan saya katakan tiada). Jika demikian halnya, maka saya memilih berhati-hati dalam memperkatakannya.
Bagi sesetengah hal yang telah sedia ada rumusan para ahli dalam bidangnya. Maka insyaAllah saya akan memanjangkan(jika kebetulan saya menjumpai bahan rujukannya).
Sebenarnya tujuan saya menulis kenyataan ini, kerana timbul kerisauan saya kepada hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum ini. Benar, ada ketika dalam membahaskan serta mengutarakan sesuatu isu atau hal yang berkaitan dengan agama. (Ada ketika) Pendapat serta hujahan saya mendahului mereka-mereka yang lebih mengetahui dan mahir. Ini bukanlah bermakna ilmu pengetahuan saya melebihi mereka, atau sebanding dengan mereka, atau sedikit sahaja kurangnya dari mereka. Malah sangat jauhlah bezanya. Jika diumpamakan mereka para alim ulama itu tinggi umpama bintang, sedang saya hanyalah seperti semut-semut yang melata ditanah itu sahaja.
Jadi saya kuatir, saya tidak mempunyai hujah dihadapan Allah kelak. Jika ramai diantara pembaca-pembaca tulisan saya yang berhimpun dengan saya dalam memegang sesuatu berkaitan dengan agama ini. Anggaplah tulisan-tulisan saya berkenaan dengan sesuatu itu adalah pencetus minda untuk mencari kebenaran semata-mata. Janganlah meletakkan ianya ketingkat ‘nyata kepastiaannya’. Letakkanlah saja di tahap ‘mungkin ada benarnya’.
Perlu juga saya jelaskan kekeliruan dalam sesetengah hal. Ada ketika saya tampak lantang secara bersendirian dalam menentang sesuatu. Sebenarnya yang demikian itu terjadi jika tidak ada dalil-dalil qath’i yang melarang dalam hal yang saya pertikaikan(atau lebih tepat jika saya katakan, saya tidak menjumpai dalilnya). Atau ada ketika pula saya kelihatan tegas secara bersendirian dalam mengangkat sesuatu pendapat. Dalam hal yang demikian, saya tidak hanya memilih untuk bersependapat dengan sesetengah golongan sahaja. Malah keterbukaan saya lebih besar dari yang tampak dalam tulisan-tulisan saya. Cuma saja kebetulan saya lebih banyak memilih pendapat-pendapat dari setengah golongan, dan menolak yang setengah itu lagi. Yang demikian itu terjadi, bukanlah pendapat yang saya tidak beserta dengannya itu bermaksud salah. Cuma saya mengira yang sebahagiannya lagi itu lebih sesuai dengan masyarakat disini. Dan sesungguhnya benar sungguhlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “sesungguhnya peselisihan(pendapat) dikalangan umatku itu adalah rahmat”.
Saya sangat mengalu-alukan pertanyaan, supaya saya bisa sama-sama belajar. Dan semoga Allah memilih saya dan kita semua kemaqam yang lebih baik dari ini. Dan saya juga mengalu-alukan kritikan dan teguran. Ada yang pernah bercakap, di blog saya orang tidak boleh meninggalkan komen kerana saya alahan kepada teguran dan kritikan. Itu tidak benar sama sekali. Malah telah saya tegaskan dahulu, saya tidak akan menapis sama sekali komen-komen yang anda hantarkan pada setiap artikel-artikel yang saya siarkan.
Baiklah, berbalik kepada soal yang ingin saya sentuhkan. Saya harap, selepas ini, setelah mendapatkan pandangan saya mengenai sesuatu yang berkaitan agama ini. Janganlah menganggapnya ‘pasti benar’. Sehingga anda tidak berasa sangsi sama sekali. Letakkanlah ianya di tangga ‘mungkin ada benarnya’ dan seterusnya carilah orang yang tokoh untuk diajukan persoalan itu. Jika ketemu pendapat yang lebih jelas dan terang kebenarannya. Maka saya juga tidak sama sekali berkeras dan degil dalam mengangkat pendapat saya.
Dan saya harap dengan keterangan yang berikut ini tidak ada lagi dah yang salah faham dengan status saya. Sehingga ada yang memanggil saya ustaz dan sebagainya.
Artikel Berkaitan:
- Comments
-
|2010-08-12 03:15:31 wiraXjiwa - Saya terujaAssalamualaikum Sdr Adeysham aka Wirajiwa. Saya berasal dari Terengganu, kira2 berjiran jugaklah dengan negeri asal Sdr. kini menetap di KL. Umur saya jauh lebih tua drp Sdr. Saya Googled Doa selepas solat, lalu bertemu dgn blog Sdr diantara situs2 lain yg memaparkan apa yg saya Googled itu. Saya amat teruja, ringkasnya memuji Sdr dan jangan Sdr terlalu seronok dengan pujian ini, sebabnya saya percaya Sdr tentu maklum. Tambah lagi pujian bukanlah datang drp seorang yg tersohor, PM ke, Tuan Guru Nik Aziz, Dato' Harun Din ke, Tan Sri Harussani ke dan seumpama mereka. Saya buat perbandingan diantara diantara doa2 ss yang dipaparkan dan pilih yg dipaparkan oleh Sdr kerana disitu saya perhatikan ada unsur penelitian yg lebih mantap, maksudnya tidak cingcai. Dan apabila saya membaca dua post Sdr mengenai diri Sdr ini, saya dapat merasakan ada kesudian untuk ikhlas ketahap yg sangat tinggi tanpa menjejaskan keperibadian Sdr. Tidak kiralah apa latarbelakang Sdr pada asalnya, saya dapat rasakan bahawa Sdr ini seorang yg berilmu, satu kualiti yg pada saya ramai yg memilikinya dan ramai juga yg sebaliknya. Tetapi kalau yang berilmu dan berfikir, pada saya makin berkuranglah jumlahnya, dan yg berilmu, berfikir serta iklas saya rasa amat sedikitlah jumlahnya. Bercakap pasal iklas itu saya percaya Sdr tentu maklum akan tahap2nya. Sebenarnya saya amat teruja bertemu dgn blog dan penyampaian Sdr ini kerana mungkin banyak yg boleh saya pelajari dan sentuhannya amat sesuai dgn citarasa saya dan cara dan nilai yg ditanam dlm diri saya oleh bapa saya sejak saya mula belajar berfikir. Seperti kata seorang pujangga terkenal (saya tidak ingat namanya), dan maksudnya secara lebih kurang, Aku menjelajah keseluruh pelusuk alam, akhirnya aku ketemu didalam rumah ku, didalam diriku. Tidak perlu saya panjangkan kata2 yg dipetik drp sajak ini, takut2 nanti ia menjadi unsur salah pentafsiran dan polimik fitnah. Saya belum selongkari semua link dan posting Sdr, jadi saya mohon maaf sekiranya komen saya ini terkekuar kontek drp yg sepatutnya. Juga saya mohon maaf sekiranya komen atau penulisan saya ini ada berbau sebarang kritikan kerana ianya sama sekali bukan niat saya, cumanya hanyalah mungkin cara saya menulis. Sebagai sedikit hint kpd alam pemikiran saya, saya salin yg ini drp laman FB saya diera FB ini. Wasallam.
1. Somewhat TOO of EVERYTHING that you can think of . . . If too are deviations, deviations become standard. Standard is none deviation. So I am not a deviance . . .
2. Standards are norms. Deviations are what that are not norms. But when deviations becomes the norms, deviation is equal to standard.
3. Never read any books on Zen before, never was at any time a Zen student or studied Zen. But now trying to become a Zen Master, boleh ke?
-
|2010-03-09 02:50:54 wirajiwahehehehe, kalau soklan yang boleh dijawab, long jawab jer,. Kalau dah tak tau, hisk, tak malu nak mengaku tak tau.


















Assalamualaikum wbt Saya membaca artikel dan semua komen komen yang ditujukan kepada saudara kita wirajiwa. Bukan ni...
you can get link:http://www.flyff-penya.com or link:http://www.wotlk-powerleveling.com and link:http://www.buy-...
cinta x semestinya memiliki... cinta x semestinya sentiasa heppy.. cinta tue adalah sebahagian pengalaman dalam hidup...
Ya Allah Yang Maha Bijaksana... Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.. Jalan yang engkau redhoi dan bukan pula jalan ya...
Seperti tahun lepas juga.. tak der apa yang aku nak ucapkan bersemperna dengan hari kemerdekaan ini.
ehehe.. seperti yg sy agak... rasanya xperlu bro terkejut sgt...ayat tidak setuju ngan bro tuh hanya gurauan dari sa...
I agree with you, wirajiwa, as racism will only arouse hatre and mob mentality whereby there will be groups of people...
kalau engkau rasa aku setuju membabi-buta kepada namewee, mungkin Amm kena baca tulisan aku itu semula dengan lebih t...