Assalamualaikum Para Pembaca yang dirahmati Allah .
Tujuan saya menulis artikel ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan kesalah fahaman sesetengah pihak yang tidak mengenal saya. Pertama-tama sekali, saya bukanlah ustaz seperti ada sesetenagh pembaca sangka. Saya cuma mat rock yang pernah belajar mengaji dengan pittam Tauhid di hulu kampung saya. Dan pernah mendengar dia membacakan kitab-kitab agama.
Saya juga cuma mat rock yang suka mendengar dan membaca sesuatu berkaitan dengan Islam, dan cuba untuk menulis serta memanjangkan tulisan-tulisan yang sedemikian.
Saya rasa penting untuk saya jelaskan disini, supaya tidak tersalah paham kepada yang lain. Saya bukanlah seorang yang ahli dalam hal-hal feqah, jauh sekali untuk beristijhad. Pendapat saya, serta hujah-hujah saya adalah panjangan dari hujah-hujah ulama-ulama yang telah disepakati.Saya Cuma memanjangkan sahaja. Cuma dalam menyokong sesuatu pendapat dan bertakhlik dengan sesebuah fatwa itu, saya cuba sedaya upaya menghalusinya . Yang manakah paling sesuai dipraktikkan, sesuai dengan masyarakat kita disini.
Bukanlah bermakna saya keberatan berkongsi maklumat dan pengetahuan yang saya ada. Cuma dalam sesetengah hal yang membabitkan permasalahan baru yang saya tidak jumpai rujukannya(bukan saya katakan tiada). Jika demikian halnya, maka saya memilih berhati-hati dalam memperkatakannya.
Bagi sesetengah hal yang telah sedia ada rumusan para ahli dalam bidangnya. Maka insyaAllah saya akan memanjangkan(jika kebetulan saya menjumpai bahan rujukannya).
Sebenarnya tujuan saya menulis kenyataan ini, kerana timbul kerisauan saya kepada hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum ini. Benar, ada ketika dalam membahaskan serta mengutarakan sesuatu isu atau hal yang berkaitan dengan agama. (Ada ketika) Pendapat serta hujahan saya mendahului mereka-mereka yang lebih mengetahui dan mahir. Ini bukanlah bermakna ilmu pengetahuan saya melebihi mereka, atau sebanding dengan mereka, atau sedikit sahaja kurangnya dari mereka. Malah sangat jauhlah bezanya. Jika diumpamakan mereka para alim ulama itu tinggi umpama bintang, sedang saya hanyalah seperti semut-semut yang melata ditanah itu sahaja.
Jadi saya kuatir, saya tidak mempunyai hujah dihadapan Allah kelak. Jika ramai diantara pembaca-pembaca tulisan saya yang berhimpun dengan saya dalam memegang sesuatu berkaitan dengan agama ini. Anggaplah tulisan-tulisan saya berkenaan dengan sesuatu itu adalah pencetus minda untuk mencari kebenaran semata-mata. Janganlah meletakkan ianya ketingkat ‘nyata kepastiaannya’. Letakkanlah saja di tahap ‘mungkin ada benarnya’.
Perlu juga saya jelaskan kekeliruan dalam sesetengah hal. Ada ketika saya tampak lantang secara bersendirian dalam menentang sesuatu. Sebenarnya yang demikian itu terjadi jika tidak ada dalil-dalil qath’i yang melarang dalam hal yang saya pertikaikan(atau lebih tepat jika saya katakan, saya tidak menjumpai dalilnya). Atau ada ketika pula saya kelihatan tegas secara bersendirian dalam mengangkat sesuatu pendapat. Dalam hal yang demikian, saya tidak hanya memilih untuk bersependapat dengan sesetengah golongan sahaja. Malah keterbukaan saya lebih besar dari yang tampak dalam tulisan-tulisan saya. Cuma saja kebetulan saya lebih banyak memilih pendapat-pendapat dari setengah golongan, dan menolak yang setengah itu lagi. Yang demikian itu terjadi, bukanlah pendapat yang saya tidak beserta dengannya itu bermaksud salah. Cuma saya mengira yang sebahagiannya lagi itu lebih sesuai dengan masyarakat disini. Dan sesungguhnya benar sungguhlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “sesungguhnya peselisihan(pendapat) dikalangan umatku itu adalah rahmat”.
Saya sangat mengalu-alukan pertanyaan, supaya saya bisa sama-sama belajar. Dan semoga Allah memilih saya dan kita semua kemaqam yang lebih baik dari ini. Dan saya juga mengalu-alukan kritikan dan teguran. Ada yang pernah bercakap, di blog saya orang tidak boleh meninggalkan komen kerana saya alahan kepada teguran dan kritikan. Itu tidak benar sama sekali. Malah telah saya tegaskan dahulu, saya tidak akan menapis sama sekali komen-komen yang anda hantarkan pada setiap artikel-artikel yang saya siarkan.
Baiklah, berbalik kepada soal yang ingin saya sentuhkan. Saya harap, selepas ini, setelah mendapatkan pandangan saya mengenai sesuatu yang berkaitan agama ini. Janganlah menganggapnya ‘pasti benar’. Sehingga anda tidak berasa sangsi sama sekali. Letakkanlah ianya di tangga ‘mungkin ada benarnya’ dan seterusnya carilah orang yang tokoh untuk diajukan persoalan itu. Jika ketemu pendapat yang lebih jelas dan terang kebenarannya. Maka saya juga tidak sama sekali berkeras dan degil dalam mengangkat pendapat saya.
Dan saya harap dengan keterangan yang berikut ini tidak ada lagi dah yang salah faham dengan status saya. Sehingga ada yang memanggil saya ustaz dan sebagainya.
Artikel Berkaitan:
- Comments
-
|2010-03-03 17:15:30 wirajiwahii Alona.,
Assalamualaikum,
Suluk pada pemahaman aku, yang pertama, adalah menyendirikan diri dengan mengerjakan amalan2 tertentu dari aliran tharikat tertentu. Zikir2 tertentu dengan nisbah yang tetap. Jika ini maksud pertanyamu, maka jawapannya adalah tidak. Aku tidak pernah mengambil ijazah atau bai'ah dengn mana2 aliran tharikat. dan pasti tidak pernah bersuluk dalam istilah itu.
Kedua, suluk, berbalik kepada maksud asalnya, (berjalan mencari Allah dengan jalan ibadat) maka jawapannya adlah. Ya! Benar, aku pernah bersuluk. Dan sentiasa bersuluk.
(bumicyber.com domain berbyar)
-
|2010-03-02 09:05:21 Amerm..
xsalah klu nak bagi tau hukum hakam klu kite dah sedia maklum tahu berdasarkan dalil2 yg ade.. itu pun dikire pendapat jugak..
yg penting jgn sampai kuar fatwa send iri sudah ar kan..erm..
-
|2010-03-02 16:59:26 wirajiwaitulah Amm, dalam hal yang bertanya kepada aku..selalulah aku pesankan pada mereka. Pendapat aku bukanlah fatwa. Ianya bukan 'pasti benar' atau 'hampir dengan benar'. Ianya cumalah di tingkatan 'kemungkinan ada benarnya'.
jadi aku khuatirlah, kalau ada yang mengangkat pendapat2 aku ke tahap yang tidak selayaknya.
Dalam mengemukakan dalil2 berkenaan dengan sesuatu, kadang2 dengan kemahiran yang cetek ini, boleh saja tersilap mengemukakan dalil-dalil yang samar dengan menganggapnya itu adalah dalil qath'i.
-
|2010-03-01 17:48:16 wirajiwaaku bukan ustaz Amm, itu laa, takut nt org salam paham. Nih dah macam2 komen aku dpt, kalau takat menanyakan pendapat tur okey lah lagi. Tp sampai ker hukum-hukum nih, tak layak laa.
-
|2010-02-28 11:31:33 Amerm.. bukan mat rock..ustaz rock bro..huhu..
Quote:Rasulullah SAW: “sesungguhnya peselisihan(pendapat) dikalangan umatku itu adalah rahmat”.
yeps.. .agar kita akan jumpa titik kebenaran berpandukan sunnah & al-Quran..
bukan mengikut akal yg didorong oleh hawa nafsu serta cuba menjauhi bisikan,tipu daya & langkah2 syaitan yg penuh menyesatkan.... Subhanallah..


















Assalamualaikum wbt Saya membaca artikel dan semua komen komen yang ditujukan kepada saudara kita wirajiwa. Bukan ni...
you can get link:http://www.flyff-penya.com or link:http://www.wotlk-powerleveling.com and link:http://www.buy-...
cinta x semestinya memiliki... cinta x semestinya sentiasa heppy.. cinta tue adalah sebahagian pengalaman dalam hidup...
Ya Allah Yang Maha Bijaksana... Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.. Jalan yang engkau redhoi dan bukan pula jalan ya...
Seperti tahun lepas juga.. tak der apa yang aku nak ucapkan bersemperna dengan hari kemerdekaan ini.
ehehe.. seperti yg sy agak... rasanya xperlu bro terkejut sgt...ayat tidak setuju ngan bro tuh hanya gurauan dari sa...
I agree with you, wirajiwa, as racism will only arouse hatre and mob mentality whereby there will be groups of people...
kalau engkau rasa aku setuju membabi-buta kepada namewee, mungkin Amm kena baca tulisan aku itu semula dengan lebih t...