
Pendidikan aku sampai takat SPM jer. Entahlah, aku tak taulah masa sekolah dulu aku nih jenis yang bengap sangat ker, atau jenis yang pemalas. Tapi apa yang aku belajar dari pengalaman hidup aku, jangan sekali2 melakukan kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Sebab bila sampai satu masa kita tak akan mampu nak membetulkan kesilapan kita tur. Bukan maksud aku hidup aku SUCK sangat. Tak, aku tak maksudkan macam tu.
Aku telah berkahwin. Aku bersyukur kerana dikuniakan oleh Allah seorang isteri yang sangat baik. Seorang isteri yang paling sedikit permintaannya bagi aku bukanlah satu perkara yang mudah.
Aku sambung dari mula semula. Aku mempunyai keluarga yang besar. Anak pertama dari 8 adik beradik. Tapi aku dibesarkan dalam keluarga yang kecil. Aku tinggal dengan Tok(nenek). Tok Aki aku meninggal waktu aku berumur 5 tahun. Terlalu sedikit Memori tentang dia untuk aku ceritakan di sini. Memadai kalau aku katakan dia seorang Atuk yang penyayang.
Aku mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Bota Chenor, Pahang dari tahun 1981 sehingga 1986. Seorang kanak-kanak kecil yang pendiam tetapi sangat lasak.
Aku seorang yang berani. Memang dari kecil aku berani. Aku tak takut hantu. Aku tak takut bergaduh dengan teman-teman sebaya aku kalau aku tak puas hati. Mungkin kesedaran yang aku tak ada sapa-sapa nak bela aku membuatkan aku macam tu.
Aku mendapat pendidikan sekolah menengah di 4 buah sekolah. Dari tahun 1987 sehingga 1990 aku telah bersekolah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan Chenor, Sekolah Menengah Chini, Sekolah Menengah Kebangsaan Palo Hinai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Susah aku nak ceritakan satu-satu kenapa banyak sangat sekolahnya.
Tak dapat melanjutkan pelajaran kemana-mana IPTA. Kelayakan tak cukup. Zaman tur mana ada kolej2 swasta macam sekarang nih. Institud kemahiran pun cuma ada IKBN je (Intitud Kemahiran Belia Negara) entah ada ketidak lagi sekarang nih, tak ambil pusing.Tak perlah dah tak ada rezeki. (Aku tak pernah kecewa dengan semua tu)
Aku seorang yang tak ramai kawan. Senang didekati tapi payah untuk dikenali. Dan kebanyakan kawan2 aku yang tak ramai tur semua dah meninggal dunia. Tinggal entah berapa kerat jer dah. Aku pun tak tau kenapa Allah pendekkan umur mereka. Cuma yang aku tahu mereka semuanya orang-orang yang hebat2 peribadinya. Seorang sahabat yang setia, seorang sahabat yang sentiasa memberikan inspirasi kepada aku. Agaknya orang yang macam ni memang Allah sayang sebab tu lah dia ambil cepat.
Sebenarnya kisah perjalanan hidup aku terlalu penuh dengan perkara-perkara yang terlalu hardcore' nak diceritakan kat sini. Mungkin kalau korang pernah tengok cerita 'Young and Dangerous' mungkin korang dapat figure dia sikit-sikit.
Aku seorang yang optimis. Selalu bersangka baik pada setiap perkara yang berlaku. Kelemahan aku pula, aku cepat sangat melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir 2x. Maknanya aku nih seorang yang gopoh. Gopoh ! bukan gelojoh.
Aku seorang yang sangat sensitif. Perihatin. Tetapi kadang-kadang menyusahkan. Sifat aku, permikiran aku sukar diramal. Kadang-kadang aku seorang yang sangat penyabar. Kadang-kadang pula aku seorang yang sangat pemarah. Tapi yang pasti aku seorang yang sangat penyayang.
Aku seorang lelaki yang tak malu untuk menangis di hadapan temannya sewaktu ia putus cinta. Tapi aku juga lelaki yang akan cepat menyayangi seseorang yang lain pula pada keesokan harinya.
Aku secara keseluruhannya adalah pemalu. Tetapi tidak bermakna aku sombong. Aku tidak sombong, aku sangat peramah. Sangat murah dengan senyuman.
Aku selalu melakukan sesuatu perkara dengan besungguh-sungguh. Tapi sayangnya aku kekurangan kecekalan. Contohnya kalau berlari tu, aku akan berlari dengan sangat laju... tapi aku akan cepat berhenti bila menyedari yang aku dah berada di hadapan. Sebab tulah aku nih payah berjaya dalam apa saja yang aku usahakan.
Aku pernah jatuh cinta, dan aku juga pernah kecewa. Bukan maksud aku , aku tak bahagia dengan perkhwinan aku selama ni. Itu satu perkara yang lain. Itu adalah aku yang di dalam Aku itu. Hehehe... hapoo punya ayat dah nih.
Aku pernah melakukan perkara yang sangat aku banggakan. Dan aku juga pernah melakukan perkara yang aku sangat menyesal seumur hidup aku.(tak mungkin untuk aku ceritakan kepada sesiapa pun, biarlah Allah saja yang tahu)
Aku juga seorang yang tidak kedekut. Tetapi aku seorang yang sangat berkira apabila pemberian aku tidak dihargai. Pada amnya semua orang pun macam tu kan. Sapa tak bengang bila bagi sesuatu tapi tak dihargai.
Aku seorang yang sangat suka pada benda yang baru. Suka belajar. Tapi tak suka bertanya.(bodo sombong laa).
Aku juga seorang yang sangat mudah untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat. Tapi aku sendiri sangat susah untuk menerima nasihat. Kadang-kadang aku suka termenung. Aku suka berangan. Aku seorang yang tidak pandai berjimat cermat. Aku seorang yang lemah dalam matematik. Malah aku sangat tak suka pada angka. Sehinggakan aku tak ingat no telifon isteri aku, hari jadi anak2 aku, hari jadi adik beradik aku. No telifon aku sendiri pun aku tak ingat.(sekarang ingat la dah. dah 5,6 tahun pakai)
Aku seorang yang sentiasa bernasib baik. Tapi aku juga seorang yang tidak pandai serik. Aku seorang yang degil tapi mempunyai hati yang sangat lembut.
Huihhh... panjang giler dah mengenai aku nih. Kiranya dah habis dah rahsia2 dan segala kelemahan aku bukakan ni. Sebenarnya, sebelum ni aku rasa tak bersedia nak berkongsi dengan sesiapa tentang diri aku. Tapi sekarang aku rasa lebih matang dan lebih terbuka. Bagi aku kini tiada apa yang perlu di rahsiakan sangat. Biarlah orang menerima kita seadanya kita. Bukan kita yang berpura2 jadi orang yang sebegini kononnya, sebegitu kononnya.
Secara keseluruhannya hidup aku terbilang dalam golongan orang2 yang gagal dalam kerjaya, tetapi bahagia dalam keluarga.
Aku tak pernah menjadi pekerja yang berjaya. Dan aku juga pernah melalui kejatuhan dalam perniagaan yang aku bina dengan adik2 aku.(ngoh dan Dee) Dan sekarang aku kembali semula kepada permulaannya.Kali ini aku tidak perduli berapa payah, atau berapa panjang perjalanan untuk berjaya itu. Yang aku tahu. KALI INI AKU TIDAK AKAN SEKALI2 BERPUTUS ASA.
Aku seorang yang penuh adventure, perjalanan hidup yang aku lalui, aku rasa terlalu sedikit dari kalian yang melaluinya. Tapi sayangnya pengalaman itu TIDAK bermenafaat untuk aku bawa ke kehidupan yang sebenar. Tiada juga menafaatnya untuk diceritakan.
AKU ADALAH SEORANG PERSALAH YANG SANGAT MENYESAL. AKU ADALAH SEORANG KEKASIH YANG SANGAT KECEWA. AKU ADALAH SEORANG TEMAN YANG SANGAT KESUNYIAN. AKU ADALAH SEORANG SUAMI YANG SANGAT SEPI. AKU ADALAH SEORANG AYAH YANG SANGAT BIMBANG. AKU ADALAH SEORANG LELAKI YANG SANGAT BERUNTUNG. BERUNTUNG KERANA MENDAPAT PELUANG YANG KETIGA INI.
DAN KINI AKU SEDAR HIDUP SEBENARNYA SANGAT INDAH. DAN AKU SEBENARNYA BUKANLAH SEORANG YANG GAGAL. AKU SEBENARNYA ADALAH SEORANG YANG HEBAT DAN AKU JUGA BERUNTUNG KERANA PERNAH DAN SEDANG DIKELILINGI OLEH ORANG2 YANG SANGAT HEBAT DALAM HIDUPKU.
ALLHAMDULILLAH
- Comments
-
|2010-07-05 21:35:54 ramlahrahimassalamualaikum,.
nie la kali pertama sy bce blok yg mcm nie,peh..mmg menarik la
ape2 pn syabas..
-
|2010-07-06 16:59:53 wirajiwaTerima kasih kerana sudi mampir kemari, tapi kenapa tak tinggalkan link awak, boleh juga buat kunjungan balas ker gitu. herk herk
-
|2010-06-07 17:37:05 Siti RadiyahAssalamualaikum...
sedang saya mengelunsur internet kat ofis, ternampak pulak blog ini.. very interesting.. saya rasa, saya akan slalu visit blog awak ni..
- Siti Radiyah
-
|2010-06-11 15:52:35 wirajiwaTerima kasih Siti Radiyah. Semoga awak berjumpa dengan kebaikan disini. Dan panjang2kanlah juga nanti yer. Dan lagi, jika ada yang tidak cocok, silalah tegur saya.
-
|2010-04-23 04:03:05 ariffinSaudara Faintallah...Assalamualaikum...SubhanAllah...inilah kali pertama saya membuka website saudara, Walau pun baru pertama kali, saya rasa saya pernah ternampak saudara ataupun gambaran seperti saudara di dalam mimpi saya.
Gambaran yang saya ingat rupa yang saya lihat di dalam mimpi saya ialah;
1. Janggut sehelai-sehelai yang agak panjang dan agak jarang
2. Memakai kemeja dengan cara membuka butang di dada (baju buka dada)
3. Mata agak seperti bangsa cina, (agak kecil atau agak sepet)
4. Berdada bidang dan frame badan agak besar
Ketika di dalam mimpi saya, saudara atau orang yang saya maksudkan sedang bercakap atau memberi penerangan kepada sekumpulan orang di tepi hutan kecil. Dan perkara yang saudara terangkan ialah mengenai sebilah parang seperti parang cina yang di atasnya tertera ayat (saya tak pasti ayat apa) tapi yang jelas di pangkal parang itu ada lambang seperti daun dan di tepinya ada tertera beberapa huruf jawi.
Masalahnya semasa penerangan itu, walau pun pada sekumpulan orang, parang itu telah menjadi milik saya bersama dua lagi senjata iaitu sebilah pedang yang ada kalimah lailahaillallahdan sebilah keris panjang tanpa sarung (di dalam mimpi saya itu)
Nama saya Ariffin bin Ngarip. Saya berharap saudara boleh melihat saya menerusi mata hati saudara dan membuat sedikit penilaian tentang apa yang saya mimpikan itu. Saya tak tahu apa maksud mimpi itu dan ia berlaku kira2 dua bulan lalu...harap2 saya ada jawapan kepada mimpi saya itu...InshaAllah...
-
|2010-04-24 00:46:49 wirajiwaWaalaikum salam Saudara Ariffin. Nama saya Adeysham Jaffar. Terima kasih kerana sudi melapangkan masa melawati halaman saya. Dan juga terima kasih kerana mengambil berat akan tulisan-tulisan saya.
http://c4.ac-images.myspacecdn.com/images02/74/l_5faf58f2616142219de131c41158a533.jpg
Ini adalah salah satu keris yang ada dalam simpanan saya (naga sasro). Benar ada sebilah keris panjang dalam simpanan saya, sayangnya tiada gambar untuk saya pertontonkan. Tetapi keris berkenaan bukanlah milik saya. Saya cumalah diamanahkan menjaganya sahaja.
http://c4.ac-images.myspacecdn.com/images02/147/l_d6ffe458e22b4d2c924f06096f755753.jpg
Dan ini pula pedang yang masih ada dalam simpanan saya, tapi sayangnya tidak ada sebilah pun seperti yang disifatkan seperti didalam mimpi saudara. Melainkan sebilah sahaja. tetapi bukanlah kalimah Lailahhaillallah, melainkan telah keluar dua huruf jawi diatasnya, iaitu huruf 'sin' dan huruf 'ya'.
http://c1.ac-images.myspacecdn.com/images02/145/l_fcc9adce28724aebacbda9dbc17abefc.jpg
Dan ini pula adalah sebilah parang yang dikatakan pernah terlibat didalam peristiwa 13 mei, mungkin ini sedikit kelihatan seperti yang dikatakan parang cina itu. Tetapi ianya sudah tidak lagi berada didalam jagaan saya. Saya telah menyerahkannya kepada salah seorang adik angkat saya untuk menjaganya
Quote:Nama saya Ariffin bin Ngarip. Saya berharap saudara boleh melihat saya menerusi mata hati saudara dan membuat sedikit penilaian tentang apa yang saya mimpikan itu.
Pertama2 sekali maafkanlah saya Saudara Ariffin, saya ini jauh dari kelayakan untuk melihat dengan ma'rifat. Dan, dalam hal mentaksir dan mentakbir mimpi pula, sangat cetek juga ilmunya.
-
|2010-04-24 16:18:23 AnonymousTerima kasih kerana telah melayan komen saya..., benar menerusi gambar2 tu tak de satu pun yang serupa dengan mimpi saya...saya berbanyak terima kasih pada saudara kerana bersusah payah menyelitkan gambar2 tu utk saya..
Tak mengapa..InshaAllah... kadang2 selagi belum ada izin kita mungkin tak akan dapat apa2 jawapan..
-
|2010-02-06 16:11:58 sufidanialperjalanan hidup kita tidaklah terlalu berbeza ..
anyway abang keje cc gax ea ?
same lol
-
|2010-02-06 19:27:58 wirajiwaSemoga sufidanial bertemu dengan kebahagian didalam hidup ini. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebaikan buatmu juga. amin
-
|2009-11-30 19:59:28 roswandy - hehesalam bro...
usia aku 7 thun lebih muda dari bro.. aku org kedah..dok area hulu... terjumpa website bro masa dok search doa slps solat.. try usha n baca skit2... nampak cam best gak.. pasai bro nampak cam minat metal, bro pun nampak cam metal... arghh.. kira se-geng la kita... dan tulisan2 bro nampaknya seperti seorang yg berhati waja, aku suka baca (dan la baca skit2, nnt free aku jelajah sampai habis).. ok la... bro ni tokey cc ka?..


















Assalamualaikum wbt Saya membaca artikel dan semua komen komen yang ditujukan kepada saudara kita wirajiwa. Bukan ni...
you can get link:http://www.flyff-penya.com or link:http://www.wotlk-powerleveling.com and link:http://www.buy-...
cinta x semestinya memiliki... cinta x semestinya sentiasa heppy.. cinta tue adalah sebahagian pengalaman dalam hidup...
Ya Allah Yang Maha Bijaksana... Bimbinglah aku ke jalan yang lurus.. Jalan yang engkau redhoi dan bukan pula jalan ya...
Seperti tahun lepas juga.. tak der apa yang aku nak ucapkan bersemperna dengan hari kemerdekaan ini.
ehehe.. seperti yg sy agak... rasanya xperlu bro terkejut sgt...ayat tidak setuju ngan bro tuh hanya gurauan dari sa...
I agree with you, wirajiwa, as racism will only arouse hatre and mob mentality whereby there will be groups of people...
kalau engkau rasa aku setuju membabi-buta kepada namewee, mungkin Amm kena baca tulisan aku itu semula dengan lebih t...