Mengumpat Suami Sendiri

Share

mengumpat ni sedap, mcm makan sambal belacan, lagi pedas, lagi sedap!Sebenarnya aku terpanggil mengutarakan topik nih selepas membaca satu artikel, dalam satu blog, kepunyaan seorang perempuan. Bukan cerita mengenai laki dia, sebab  dia belum berkahwin lagi. Tapi cerita mengenai suami teman baik dia sendiri, yang kat situ tulisnya , makan hati hari-hari dengan karenah suami dia.Dan tak payah aku bagi link dia kot, tak payah nak memanjang-manjangkan yang tak elok nih.

Cerita kawannya itu bergini, konon laki dia ni sangat ^&$&^$#%$^%& bla..bla..&^%&^%. Lepastur lagi dia kata lagi, laki dia, bla,bla,bla, dan sangatlah *&^(*^&*&%&*^nya. Selalu sangat pulak *&^*&&^&$%$ dia.

Errr, korang dapat tak bayangkan kelam-kabutnya keadaan rumah tangga dia selepas membaca cerita panjang lebar dari dia tur? Tak dapat? Tak dapat tak per. Sebab bukan cerita dia tur yang aku nak sampaikan pun kat sini. Yang aku nak ketengahkan adalah. 2 perkara jerk. Pertama dalam berkata-kata(bercerita, besembang dan seangkatan dengannya) jika membabitkan sesuatu yang tidak benar. Itu adalah fitnah. Dan kedua pula, jika yang di ceritakan itu perkara yang benar, tetapi mengenai keburukan, kekurangan seseorang, itu adalah ‘mengumpat’ pula. (ghibah)

Tetapi sebelum dari itu kita tinggalkan sebentar perbincangan asal ini, dan datang kepada satu masalah dari seorang pembaca yang meninggalkan soalannya kepada aku.

Dalam bab nih ada yang pernah Tanya aku. Gini kata dia. .[Persoalan nyer sekarang apa kah hukum pabila si suami sanggup ber DEMI ALLAH tiada gf di luar, sedangkan tanda tanda kecurangan sudah jelas menyerlah... bagaimana isteri harus menghadapi situasi ini.. tlg la beri kan jln atau pandangan..]

Nama dia Qasherina. Dia komen pada artikel aku 010110 aritu. Walaupun aku tak tau apa kaitan artikel tu dengan pertanyaan dia(mungkin dia terbaca pada artikel-artikel sebelumnya berkenaan dengan topic ni. Dan memandangkan dia bertanya tur berkaitan dengan HUKUM. Jadi aku terpaksalah ambil masa sikit mengulangkaji semula. Tak dapatlah aku nak menjawab terus soklan dia tu. Karang lain pulak yang keluar dari jari aku ni. Sebab benda-benda yang berkaitan dengan hukum ni bukan boleh main ikut serbu sedap nafsu jer  kita nak bercakap. Tambahan pula aku bukanlah orang yang ahli dalam soal ini.

Cuma dalam menyentuh persoalan ini, aku dengan sedaya upaya membuatnya dalam bentuk yang paling ringan. Supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Dan dalam tulisan aku yang seterusnya nanti janganlah ada diantara pembaca yang marah.

Gini, yang pertama pasal hukum si suami berkata dusta dan bersumpah dengan nama Allah yang ia sebenarnya tidak berdusta. Sama saja hukumnya dengan siapapun yang berdusta.

Menipu itu tetaplah hukumnya haram dan berdosa. Tidak kira kepada siapa dan berkenaan apa yang didustakan.

Cuma dalam soal ini ialah. Adakah penipuan itu yang dipersoalkan, ataukah kecurangan si suami tu tadi? Kerana kedua-dua kesalahan dan dosa tersebut tidak akan dipersoalkan oleh Allah sama sekali keatas bahu isteri. Dalam erti kata lainnya perbuatan suami Puan itu tadi tidaklah memberi kesan kepada amal isteri. Tidak sepertinya anai-anai yang memberikan kesan mudharat kepada sebatang kayu.

Mereka(golongan suami) ini akan dipertanggung jawabkan dan disoal berkaitan dengan urusannya disana nanti. Malah yang berkaitan dengan isteri-isteri dan anak-anak mereka sekalipun. Hatta sehelai rambut isterinya terlihat kepada orang yang bukan muhrimnya, suami akan dipertanggung jawabkan. Tidak bagi isteri, walaupun suaminya itu berbogel ditengah khalayak ramai sekalipun, dia tidak akan dipersoalkan mengapa suaminya berkelakuaan demikian.

Bagaimana untuk Isteri menghadapi situasi ini dan bagaimanakah jalan penyelesaiannya?

Dalam soal ini, kita pergilah kepada siapa sekalipun. Dan amalkanlah cara apa sekalipun. Pangkalnya akan berbalik semula dengan apa yang ada dalam hati kita sendiri. Adakah masih lagi menyanyangi sebuah rumahtangga itu? Masih lagikah boleh bersabar dengan semua ini?

Penting untuk kita sungguh-sungguh melakukannya,jauhkanlah perbuatan yang berdosa disisi Allah. Yaitu menderhakai suami, dalam bentuk apa sekalipun. Kerana Allah tidah redha kepada golongan isteri yang demikian. Dan kemaksiatan suami itu bukanlah tiket untuk membolehkan isteri juga melakukan perbuatan yang sama.

Dan juga bersungguh-sungguh jugalah supaya tidak sampai terjadinya apa yang dikatakan makruh(perceraian) kerana sesungguhnya perbuatan yang demikian itu adalah sangat dibenci Allah.

Aku rasa tidak salah untuk memvariasikan hubungan anda suami isteri supaya hatinya betah semula dirumah. Walaupun adat nafsu lebih menyukai yang tidak halal daripada yang telah sedia halal. Tetapi yakinlah yang Allah itu tidak tidur dan leka dalam melaksanakan urusanNya.

Satu lagi, lelaki ini sebenarnya suka dan tertarik kepada wanita yang ‘tidak mudah’ sedikit degil(bukan keras kepala). Jangan pandang ringan dengan penerampilan anda sewaktu dirumah. Tunjukkan yang anda cerewet dengan keterampilan diri sendiri. Satu lagi, pilih wangian yang sesuai. Sentiasa pastikan rambut anda tersisir. Berbeza keadaannya diranjang. Lelaki lebih suka pasangannya tidak mengikat rambutnya, kerana pada mereka ianya kelihatan lebih seksi dan menghairahkan.

Ubah diri anda untuk tidak mudah diramal. Kerana lelaki lebih cenderung kepada wanita yang jenis demikian.

Semua perkara-perkara yang  disebutkan diatas ini akan mendatangkan hasil jika anda melakukannya dengan sungguh-sungguh. Selebihnya andalah yang lebih mengenali suami masing-masing.

Satu lagi yang aku nak kongsikan bersama ialah. Bila anda teringin membeli pakaian yang jarang, ketat. Dan anda bertanyakan pendapat suami anda. Dia berkata “Ah!! Tak usahlah pakai baju-baju gitu!” Percayalah, perkataan itu lahirnya dari sifat khuatir dia, serta cemburunya. Jika anda tahu yang anda hendak memakainya untuk suami anda, dan hanya ingin memakainya dirumah. Maka jangan perdulikan larangan tersebut.

Kehendak suami itu sebenarnya boleh ditentang demi untuk kebaikan bersama. Tetapi anda perlu ada ilmu mengenainya, kerana ianya punya batas-batas yang tidak boleh dilangar. Juga perlukan kebijaksanaan untuk mengelakkan keadaan menjadi tidak terkawal. Dan tumpukan kepada sifat manja anda. Kerana itu adalah ‘kebijaksanaan’ semula jadi wanita.

Mari kita keluar sedikit dari topic asal,. Cuma untuk sekadar penambahan kefahaman. Sudut dan had suami isteri itu dalah sesetengah hal yang di pertikaikan kepatutannya.

Suka aku nak paste-kan semula komen aku kat artikel yang lepas:

[Dari kamus dewan

CURANG = Tidak jujur, tidak lurus(tulus) hati, orang-orang yang munafiq sentiasa berhati 'curang'. menipu, membohongi.

Ianya dari kata 'curi' yang mana perbuatan itu akan memaut keperluan untuk 'menipu' (tidak jujur) yakni curang.

*Dalam istilah diguna pakai untuk 'suami curang' ini terlimpah kepada maksud. Berhubung dengan selain isterinya, dengan cara sembunyi2(curi-curi) dengan jalan 'curi-curi' juga disebalik syariat yang sepatutnya.

Apa bila seorang lelaki itu mengaku kepada isterinya. "Aku sudah berkahwin lagi dengan seorang perempuan.(sifulan binti sifulan) Maka kecurangan itu bertukar menjadi sebaliknya.

Dan kesimpulannya, ada lelaki yang berlaku 'curang' dengan isterinya. Tetapi lelaki yang berkahwin 2 atau 3, atau juga 4 itu bukanlah tergolong dalam 'curang' tersebut, selama mana ia 'mengistiharkan' perkahwinannya yang kedua atau ketiga itu kepada isterinya yang pertama (Kerana tiada sanad yang mengatakan Rasulullah itu menyembunyikan salah satu atau dua diantara perkahwinannya).

Bukan aku maksudkan 'mengistiharkan' disini bermaksud 'memohon izin dari isteri' "kerana seorang lelaki yang berlaku baik dan adil kepada isterinya, serta memenuhi segala keperluan 'zahir dan batin' isterinya akan jatuh kepada kedudukan 'DAYUS' jika dia memohon keizinan isterinya untuk berkahwin satu lagi" Adanya perbuatan suami yang tidak mahu berkahwin lebih daripada satu(sedangkan dia mampu berbuat demikian) adalah satu ehsannya kepada isterinya.

Selagi mereka tidak melangar mana-mana batas agama, maka 'kecurangan' itu tidak tertimpa kepada mereka ini. Ke'curangan' tersebut di'istilahkan apabila mereka membelakangi yang 'dibolehkan.']

Kita tinggalkan permasalahan tersebut, dan berbalik semula kepada tajuk asalnya tadi. Sebelum itu mari kita teliti sebuah hadits Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup ke’aiban orang Islam maka Allah menutup ke’aibannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Abu Daud dan At-Tirmizi)

Bertapalah kita akan sangat malu berhadapan dengan Allah SWT pada hari khiamat kelak. Dengan dosa yang menimbun dengan kufur yang berbagai bentuk kita lakukan. Sehingga gugur daging-daging diwajah. Malunya berhadapan dengan Allah yang Maha Agong. Bertapalah besarnya rahmat keatas seseorang hamba itu apabila Allah membantunya menutup ‘aib-nya di sana kelak. Sehingga tidak kelihatan kepada satu makhluk pun, dan tidak dapat hendak dipersaksikan atas dosa-dosa maksiatnya. Kerana tiadalah daya upaya Malaikat itu untuk mencari akan ‘aib seseorang hamba itu selagi Tuannya melindunginya. Tidakkah kita harap pada kelebihan yang satu ini?

Dan lebih jelas lagi dalam firman Allah di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12 maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Bergitu sekali buruknya perilaku ini. Mencari keburukan, mengintip-intip dan mengumpat. Seperti telah aku tuliskan diatas sebelum dari ini. [jika yang di ceritakan itu perkara yang benar, tetapi mengenai keburukan, kekurangan seseorang, itu adalah ‘mengumpat’ pula(ghibah).]

Bukan aku hendak orang lain berserta dengan aku dalam menyepakati sesuatu pendapat. Tetapi aku ingin menegaskan dalam perkara yang telah jelas tegasnya. Tidak perlu kita berdalih-dalih dan bertaklik dengan kehendak nafsu dan mencari kelonggaran dalam hal ini.

Dalam hal memperkatakan hal keburukan suami ini kepada orang lain. Dengan alasan hendak ‘MENCARI JALAN PENYELESAIAN’ kononnya. Pada pemikiran akal waras pastilah dapat melihat yang itu hanyalah akan mengeruhkan lagi keadaan sahaja.

Pendapat mengenai masalah rumah tangga(mengenai suami) itu boleh diperkatakan kepada mahramnya(ibu mertua contohnya). Tetapi para ulama juga bertelagah dalam hal ini. Yaitu dalam hal, boleh atau tidak, atau siapakah yang lebih layak untuk diajukan cerita tersebut.

Atau kita berbalik kepada kisah nabi Ibrahim dengan isteri Nabi Ismail a.s. (menantunya). Disaat isteri Nabi Ismail a.s. mengadukan keadaan sebenar mereka suami isteri yang hidup susah dan kais pagi makan pagi. Adakah itu satu penipuan? Sedangkan itu bukanlah penipuan tetapi adalah hakikat yang sebenar kehidupan mereka suami isteri. Tetapi Nabi Ibrahim mengesyorkan Nabi Ismail a.s.(anaknya) menceraikan isterinya tersebut. Kerana dia adalah perempuan yang tidak teguh hatinya. Kurang syukur serta redha kepada ujian Allah.

Namun mari kita lihat hujjah Imam Nawawi pula dalam hal yang berkaitan. Berkata Imam Nawawi rahmatullah’alaih.: Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.

1- Pengaduan penganiayaan.

Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini.

2 - Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.

Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.

3 - Bertanya hukum atau cara penyelesaian.

Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya.

4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.

Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu.

Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini.

Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain).

5 - Jika dia seorang yang jelas menujukkan kefasiqannya atau bida’ahnya.

Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang sebutkan ini.

6 - Untuk dikenali

Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang tempang, yang tuli, yang buta, yang boleh atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik]

Inilah pendapat yang disepakati oleh sebahagian ulama yang lain itu. Jadi dalam hal yang dipersoalkan diatas. Pilihlah pendapat yang mana satu yang mampu untuk kita lakukan. Tetapi jika ditanya kepada aku yang mana satukah yang lebih baik? Maka aku akan berkata pendapat yang lebih halus itulah yang lebih baik. Bukan bererti aku mendustakan pendapat yang satu lagi. Cuma dalam memberi saranan, eloklah kita mensarankan yang lebih baik diantara dua yang ada.

Marilah kita renungkan bersama secebis kisah pendek ini:

Pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

*Tanda-tanda suami curang

*Punca hubungan menjadi hambar

*Lapan tanda dia jodoh anda

*Punca lambat kawen

Add comment


Security code
Refresh