Bila Isteri Kita Berdiet

Share

sayangilah isteri anda seadanya diaSebenarnya semua lelaki dalam dunia ni berkehendakkan isteri  yang cantik dan menawan. Nak tengok isteri yang dia kahwini lima enam tahun dahulu kekal solid, kecik molek. Tak moo ada yang terlebih sudah kat sana sini. Kalau terjadi juga, ramai suami yang merasa hampa. Tidak kurang juga yang memberi galakan yang bukan main lagi untuk isteri mereka menguruskan badan. Ada yang sanggup menghabiskan beratus ringgit untuk surport ubat kurus badan dan sebagainya. Yang si isteri tu pulak. Dek kerana sayangkan suami, tahankan sajalah kerenanya. Telan jugalah memacam ubat yang dibelikan untuk dia.

Aku suka nak berkongsi pengalaman mengenai bab isteri gemuk ni. Heheheh, bukan aku cakap isteri aku gemuk..herrr “ampun ayangg…!!!” hahahaah, ngamuk bini aku karang kata kan dia gemuk. Hahahah. Gini ceritanya, raya puasa yang lepas aku balik kampong. Selepas sebulan berpuasa, sepatutnya kita nih makin kurus laa kan? Tak pun maintain cam sebelumnya. Tapi ada dalam kes-kes terpencil(hehhehe) berat badan makin bertambah la pulak walaupun dah melalui sebulan puasa. Dan inilah yang terjadi pada isteri aku.

Dan pada pagi hari raya pertama tur. Adalah jiran rumah mak mertua aku nih. Dia nih dah macam keluarga dah pun, dan selalu sangat kalau pagi-pagi dia akan datang rumah. Nak garamlah, nak gulalah. Dan macam-macam lagik ler. Kitorang dah jadi tak heran dah pun. Dan pangai dia nih , dia akan dengan selambanya jer masuk rumah dengan berkemban jer. Dah terbiasa juga la gamaknyer. Dan pagi tur, dengan tak tersengajanya aku cuit bahu isteri aku dan aku dah cakap sesuatu yang tak sepatutnya sama sekali. “Ayang tengok lengan cik Mah(nama samaran) dah nak sama ngan lengan ayang jer” “abang nieyy…!” sambil muncung jer bini aku. Dan aku dengan kejamnya terkekeh-kekeh ketawa.

Nak dijadikan cerita, selepas raya puasa aritu. Aku tak balik kampong 2 bulan lamanya. Aku Cuma balik semula pada raya haji. Aku balik ngan adik aku Dee, dan bila sampai rumah dah pukul 3 pagi agaknya. Bagi salam, dan isteri aku tak terkejut laa sampai pagi-pagi sebab aku dah bagi tau dia awal-awal yang kitorang mungkin akan sampai dalam pukul 2,3 pagi cam tu. Bila aku masuk jer dalam rumah, tengok isteri aku. Wah!!! “Kenapa ngan ayang nieyy?...kurusnya, ayang sakit ker?” Sambil jamah sana-sini. Terkejut sangat aku, dia nampak…. Errr slim. “Ayang diet laaa, kan abang tak suka ayang gemuk”

Yaa Allah… aku rasa bersalah sangat. Pagi tu dia cerita, dia diet sungguh-sungguh. Dan dalam masa sebulan setengah dia turunkan 6kg berat badan dia. Seriously aku tak rasa apa yang sepatutnya aku rasa. Sepatutnya aku suka laa sebab bini aku dah kecik, solid molid semula nih. Tapi rupanya perasaan tur tak datang sama sekali. Apa yang aku rasa ialah sesal, kesal dan sakit hati. Sakit hati dengan diri sendiri. Dan rasa kesal sangat. Sebenarnya seorang isteri ni sanggup lakukan apa saja untuk suaminya. Jadi aku merasakan kritikan aku tentang berat badan dia sebelum ni, sangat melapau sebenarnya.

Masa dia tidur aku dok nengok jer dia. Rasa hiba sangat. Dan bila aku nilai melalui apa yang aku rasa saat itu. Aku lebih rela laa isteri aku tak seksakan badan nak berdiet untuk aku. Biarlah dia montel, tak per. Janji wongi. Herk herk herk. Itulah, kadang-kadang kita cakap main sedap jer. Dan kita memandang sesuatu tu remeh dan tidak memerhatikannya dengan lebih mendalam. Tapi tanpa kita sedar, ada ketikanya sepatah dua perkataan itu boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Jika ianya sesuatu yang positif, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya?

Dan sejak dari hari tu. aku berjanji dengan diri aku sendiri. Aku takkan complain dah dia. Biarlah kalau dia nak gemuk ker, nak kurus ke. Aku akan tetap sayang dia seadanya dia. Semua tu sangat memberi pengajaran buat aku. Dan aku teringin nak berpesan kepada teman-teman yang lain.

“Sayangilah isteri korang seadanya dia, jangan laa merungut dan nyindir-nyindir dia kalau dia sekarang nih dah gemuk. Sebab bila diorang bersungguh-sungguh untuk merialisasikan kehendak korang, korang takkan suka dengan perasaan tu. Korang takkan rasa bahagia bila melihat kesungguhan mereka, malah korang akan rasa sangat sakit dan sedih.”

Add comment


Security code
Refresh