Doa Buat Sahabat

Share

Wahai sahabat,

Jika engkau pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu. Jika engkau pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri.

Lantaran aku tau, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu engkau pergi dalam kesejukan pagi dengan tiada baju membalut tubuh. Aku tahu engkau tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi lelaki yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus dosa ini.

Aku tidak meletakkan engkau sahabat yang terbaik. Kerana terlalu singkat waktu kita berkenal. Namun aku sangat memerhatikan engkau. Dan menyayangi persahabatan yang pendek itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana engkau dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan. Namun engkau tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah engkau melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah engkau itu pada pandanganku.

Dan aku sedar tidak sedikit yang tidak menyukai engkau. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya. Namun ada diantaranya yang sebenarnya ikhlas denganmu, cuma kadang-kadang engkau juga selalu berperasangka. Sedang aku sendiri berada dengan dada yang terhimpit kedinding-dinding itu. Yang mana mereka yang berlaku tidak baik kepada mu itu juga sahabat-sahabat aku. Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila  kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu.

Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana.

Al-Fatihah Buat Mohammad Hanif bin Abdullah

 

Comments   

 
0 #14 wirajiwa 2009-12-12 00:22
"Yaa Allah, kami tidak tahu nilai berita ini, shahih atau daif, atau juga dusta. Walau apa saja yang ada disebalik semua ini, yang terselindung itu mohon Engkau yaa Allah melimpah kurniakan kesejahteraan kepada sahabat kami, Muhammah Hanif. Walau di mana dia berada, walau di alam mana sekalipun,Engka u Peliharalah, kerana Engkau sebaik-baik Pemelihara. Amin"
Quote
 
 
0 #13 chirpy_chummy 2009-12-11 22:50
Quoting wirajiwa:
Dan pernah la sekali tur dia cerita yang ramai saudara baru yang dapat ugutan bunuh dan sebagainya. Tapi lama dah dia cerita benda tur semua. Dan aku dengan tak sensitifnyer jawab.."hisk, kau bukan selebriti diorang nak ugud2 sampai cam tur" Menyesal pulak laa sebab tak bagi pandangan yang lebih baik kat dia masa tur.


dia ade cter kt mar ttg abg xcaye ttg ni..xsilap last sunday dia ckp kt mar..teringat lg bait2 kate dia..astaghfirullah...

mar da try msg mama dia harini - again. asked bout ctc no kengkawan anif. tp no reply till now. wallahu'alam
Quote
 
 
0 #12 wirajiwa 2009-12-11 09:28
Kesimpulannya kat sini aku benar2 tak percaya yang Hanif dah meninggal!
Quote
 
 
0 #11 wirajiwa 2009-12-11 09:19
ni no ofis dia, alamat dan nama boss dia. Kalau boleh sama2 lah esok cuba cal, sekurang2nya dapat mencari keraguan dalam kesahihan berita kematian Hanif nih.

Ahmad Zahidi
Computing Essential Sales And Services
41-2, Jalan Cecawi 6/19A,
Seksyen 6 Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya
Selangor
Malaysia

(Tel) 03-61579380
(Fax) 03-61579380

Dan ni pulak no mak dia
0102166237

Aku bimbang ini bukan no mak dia. Kalau yang angkat tur lelaki, hah betul lah semua nih konspirasi, entah2 mak hanif pun tak tau dia kena tangkap dan kena kurung kat mana2 nih.
Quote
 
 
0 #10 wirajiwa 2009-12-11 09:13
itulah rasa macam ada konspirasi jer nih. Mcm aku cerita kat Mar td, (kenapa hanif tak cuba hubungi kekawan, kalau benar dia tak kemalangan sebenarnya. Kalau benar dia kena kurung kat mana2) tapi bayangkan kalau dia kena ugut "kalau kau hubungi kawan2 kau, mereka juga akan dalam bahaya!!!" hah! gamaknyer tak mustahil juga dia takut nak libatkan sesapa. Sebab hanif pernah tanya aku pasal bender2 nih semua. Dan pernah la sekali tur dia cerita yang ramai saudara baru yang dapat ugutan bunuh dan sebagainya. Tapi lama dah dia cerita benda tur semua. Dan aku dengan tak sensitifnyer jawab.."hisk, kau bukan selebriti diorang nak ugud2 sampai cam tur" Menyesal pulak laa sebab tak bagi pandangan yang lebih baik kat dia masa tur.
Quote
 
 
0 #9 Lord-e 2009-12-11 08:09
yg peliknyaa citer dier asal mak hanif x angkat tepon,mungkin dia parah ataw sebaliknyaaa
Quote
 
 
0 #8 Am 2009-12-11 06:57
hehe.. lupe letak name.. :-)
Quote
 
 
0 #7 Guest 2009-12-11 06:56
Quoting wirajiwa:
Tadi baru sembang ngan Mar pasal bender nih, banyak sgt kemusykilannyer dengan cerita nih. Macam dirancang pulak dah kehilangan Hanif nih. Macam seolah2 ada org yang nak buat kita semua percaya yang Hanif dah meninggal. (mungkinkah sebenar dia ditimpa musibah. Atau mungkin semua ni konspirasi Gereja.? Kemana Hanif sebenarnya?) sebab jauh di sudut hati aku, aku tak dapat merasakan kematian tersebut


yeps.. aku rase cam satu konspirasi je dari mama dia.. erm.. wallahualam..
aku ingat nak jumpe dia mase men futsal nanti...xsempat jugak...erm
Quote
 
 
0 #6 wirajiwa 2009-12-11 06:41
tapi kalau betullah konspirasi Gereja atau sapa saja, satu jer kesilapan dia.. no HP Hanif tur tak sepatutnya dibatalkan dengan telco. (sebab semua tur menampakkan sebuah rancangan)
Quote
 
 
0 #5 wirajiwa 2009-12-11 06:26
Tadi baru sembang ngan Mar pasal bender nih, banyak sgt kemusykilannyer dengan cerita nih. Macam dirancang pulak dah kehilangan Hanif nih. Macam seolah2 ada org yang nak buat kita semua percaya yang Hanif dah meninggal. (mungkinkah sebenar dia ditimpa musibah. Atau mungkin semua ni konspirasi Gereja.? Kemana Hanif sebenarnya?) sebab jauh di sudut hati aku, aku tak dapat merasakan kematian tersebut
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh