Bagaimana untuk masuk ke alam Bunian

Share

Alam bunian itu juga seperti alam manusia  Bolehkah manusia masuk ke alam bunian

Pernah datang kepada saya orang yang rapat denganku dan juga mereka yang tidak saya kenal berkenaan dengan perkara ini. Hendak saya mulakan dari mana ceritanya. Rasanya tidak perlulah bermula dari sejarah bagaimana permulaan kejadian alam dan orang bunian itu.

Rasanya baik saya terus menceritakan yang berkenaan dengan tajuk yang tersebut di atas itu. Yaitu bolehkah manusia ini masuk kedalam dunia bunian dan bagaimanakah caranya hendak masuk kedunia bunian ini.

Jawapan saya pada pertanyaan ini adalah, boleh. Ya, manusia boleh masuk kealam bunian. Tetapi setiap apa perkara pun, perlukan caranya. Ilmu pengetahuan sahaja tidak mencukupi syarat untuk memudahkan sesuatu itu terjadi. Dan sesungguhnya segala yang berjaya itu adalah dengan izin Allah-lah jua.

Turutan orang yang layak masuk kealam bunian.(Perlu diingat, apa yang saya tuliskan disini adalah bagi mereka yang berada ditahap yang terendah dalam maqam-maqam rohnya(boleh baca mengenai tingkatan-tingkatan roh di artikel yang lepas). Dan mereka yang masih dimaqam nafsu yang menurut tingkatan yang terbawah juga. Yang mana alam malsayat itu sulit bagi mereka kerana terlindung disebalik hijab-hijab yang banyak dan belum mencapai kesesuatu tahap untuk terbukanya segala tabir itu.

Orang-orang yang dipermudahkan baginya ke alam bunian itu adalah:

1.       BERSAUDARA DENGAN ORANG BUNIAN

Adalah orang yang mempunyai pertalian darah(keluarga) dengan orang yang hidup dialam bunian ini. (Yang hidup diantara mereka, tinggal dalam ertikata telah menjadi seperti mereka). Jadi mereka inilah yang mempunyai kelebihan yang lebih dari yang lain untuk masuk kealam bunian dengan mudah. Namun ada permasalahannya disini. Saya contohkan bergini. Sebagai contoh si Ali mempunyai saudara kandung yang diambil oleh golongan bunian ini sewaktu lahir dan katakanlah dinamakan dia Abu. Maka Ali ini lebih utama dalam ketogerinya untuk masuk kedalam alam bunian. Dengan meminta abang kandungnya membawa dia ke alam bunian tersebut (syaratnya dia(Ali) masih berhubung dengan saudaranya itu(kerana dalam hal yang sedemikian, ianya sama saja dengan persaudaraan dikalangan manusia itu), yang mana orang bisa saja melupakan saudaranya dikala senang dan bergitu jugalah sebaliknya.)

Dan dalam keadaan ini si Ali akan bisa kesana dengan mudah. Dan boleh kepada dia(Ali) apa yang dibolehkan keatas saudaranya yang hidup dialam bunian itu. Namun sebagai contohnya jika saudaranya itu hanyalah tinggal bersama keluarga yang miskin dan susah(kerana orang bunian juga seperti manusia ini ada yang susah, ada yang senang. Ada yang berilmu dan ada juga yang jahil. Diantara mereka ada yang sangat baik dan ada juga yang melsayakan perbuatan ceroboh dan merosakkan. Jika keadaannya sedemikian(miskin dan susah) maka tiada banyaklah yang menjadi menafaat bagi Ali, melainkan hanya pertolongan untuk ke alam bunian itu dengan lebih mudah. Selebihnya tiadalah juga saudaranya itu mampu. Maka disini bermulanya cubaan bagi Ali. Terpaksa dia bergantung dengan kebolehannya sendiri dialam bunian itu(untuk tujuan dan maksud dia kesana).

Jika yang dihajatkan itu tiada dikalangan penduduk bunian tempat tinggal saudara kandungnya itu. Maka bertambah sulitlah keadaannya. Jika saudaranya itu dari kalangan orang-orang besar didalam masyarakat bunian tersebut, seperti contoh ia adalah Penghulu atau pembesar. Maka ini akan menjadi lebih mudah pula. Yang mana ia hanya perlu mengarah dan memerintahkan anak buahnya sahaja demi melsayakan sesuatu pekerjaan. Atau lebih tinggi dari itu, ianya seorang raja. Yang mempunyai negeri dan jajahan.

Kepada pembaca sekelian, jangan salah faham apa yang saya sifatkan “mudah atau lebih mudah” itu. Sebenarnya mudah dalam ertikatanya disini ialah tidak mustahil untuk dilaksanakan. Bukanlah bermakna mudah itu bererti sangat senang. Dan bila saya katakan dalam soal yang berkaitan dengan alam bunian ini adalah susah. Bukan bererti susah mengerjakannya, namun ianya dua kali lipat lebih dari itu sehingga ianya hampir mencapai kepada maksud ‘mustahil’ untuk dilsayakan.

2.       BERSAHABAT DENGAN ORANG BUNIAN

Secara kasarnya manusia ini tidak digalakkan berkawan atau bersahabat dengan golongan jin ini. Dan orang bunian ini adalah salah satu suku kaum jin. Yang mungkin ianya ujud lebih kemudian dari suku-suku jin yang lain. Namun sifatnya juga lebih cenderung kepada jin yang asal itulah juga. Namun kita akan menyentuh perihal bersahabat dengan jin ini nanti secara terperinci dalam bab yang khusus. insyaAllah.

Tetapi ini adalah salah satu untuk lebih memudahkan perjalanan ke alam bunian ini.

3.       KHADAM BUNIAN

Mempunyai khadam dari kalangan bunian itu sendiri. Namun perlulah di ingat tahap-tahap pertolongan khadam ini tertakluk pula kepada kemampuan khadam itu sendiri. Dan dari golongan mana dia berada(profesion) boleh rujuk pada artikel terdahulu(menari duit dari alam jin). Jika khadam itu dari yang berkedudukan tinggi maka lebih banyalah tugas yang mampu dia lsayakan. Jika khadam itu tergolong dari golongan yang bodoh dan tidak berpelajaran tinggi, maka ianya hanyalah menyusahkan sahaja dan bukanlah tambah memudahkan kerja seseorang itu.

4.       ORANG YANG MEMPUNYAI AMALAN TERTENTU

Seperti umum tahu, di zaman Nabi Sulaiman a.s. seorang ahli kitab telah mengalahkan kehebatan jin dari bangsa ifrit dengan kemampuan membawa singgahsana Ratu Balqis dengan lebih pantas dan cepat. Dan diletakkan didalam istana Nabi Sulaiman a.s.

Kesimpulannya disini ialah, manusia ini boleh menjayakan dengan lebih baik sesuatu pekerjaan itu dari golongan jin yang sedang perkara itu dilebihkan kepada golongan itu(jin). Dan semua itu boleh terjadi dengan hanya pertolongan Allah semata-mata.

Namun saya tidak menyertakan amalan-amalan tersebut secara terperincinya disini. Selain dari kurang pengetahuan saya dalam bab ini. Saya juga berpendapat amalan-amalan tersebut tidak boleh dipelajari dengan hanya membaca sedikit keterangan mengenainya lalu terus mengamalkannya. Dikuatiri akan memudaratkan seseorang itu.

5.       ORANG YANG DISUKAI (DIPILIH) OLEH GOLONGAN BUNIAN

Dalam hal ini ianya sedikit berbeza dengan bersahabat. Kerana bersahabat itu hanya melibatkan 2 atau 3 orang sahaja(orang-orang tertentu) sedangkan dalam keadaan ini, manusia itu dipilih dan disukai oleh satu puak, atau kampung bunian ini. Dan dia dibukakan jalan kearah alam mereka pada waktu-waktu tertentu. Pada hari keramaian dan kenduri-kendara contohnya. Dan biasanya pada peringkat permulaan orang ini tidak menyedari yang itu adalah alam bunian. Dan tidak menyedari perbezaan tersebut untuk jangka waktu tertentu. Dan biasanya orang yang dalam ketogeri ini akhirnya akan diberi pilihan, untuk berkahwin dengan anak-anak gadis mereka dan di kenakan syarat, jika mahu terus bersama anak dan isteri kenalah memilih untuk terus tinggal sahaja di alam bunian secara kekal. Dan jika dia memilih untuk tinggal disana(alam bunian) maka ini adalah orang-orang yang rugi kerana dengan sendirinya dia telah menghina dirinya. Kerana manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Dan dijadikan sebagai manusia itu adalah semulia-mulia tempat. Tambah pula dilahirkan di dalam islam itu adalah sebesar-besar rahmat. (Namun rugi dan beruntungnya disini adalah berbentuk subjektif, maka kerugian bagi umum itu mungkin juga keberuntungan bagi individu tersebut, jadinya saya tidak juga berkeras dengan pendapat saya dalam hal ini)

Dan dalam keadaan tertentu manusia itu bisa disesatkan(disorok) oleh golongan bunian. Sehingga biasa kita dengar mereka ini telah disorokkan berhari-hari, malah ada yang berminggu-minggu. Dan makannya berupa cacing tanah dan ulat-ulat. Yang mana mata-mata mereka telah dikaburkan sehingga nampak seperti mee atau nasi. Dalam hal ini saya tidak berapa setuju dengan pendapat lain. Yang mana itulah keadaan yang terjadi bila manusia itu diambil oleh golongan bunian. Kerana perbuatan membagi makan dengan barangan-barangan yang kotor dan jijik itu adalah pekerjaan syaitan dan golongan yang kafir.(tujuan menginiaya dan mengkhianati) Jika mereka(bunian) yang dijumpai itu adalah dari golongan yang islam agamanya, dan celik pada hukum-hukum agama, mereka juga tidak mungkin sama sekali bertindak melampaui batas yang sedemikian.

PERKARA YANG PERLU DITITIK BERATKAN

Orang yang jahat dan busuk hati itu ada dimana-mana sahaja. Dengki dan khianat itu juga telah datang kepada alam ini lebih awal dari keujudan manusia itu sendiri. Sedangkan untuk melihat niat jahat dalam hati seseorang manusia itu juga sudah sangat sulit untuk dilakukan. Ini pulalah dari kalangan jin atau bunian yang kita tidak dapat lihat itu. Secara peribadinya saya memandang, terlalu sedikit menafaatnya berhubung mesra dengan ala mini berbanding mudarat yang bakal datang. Dikuatiri individu yang cetek pengetahuannya akan mudah terpesong, akan terjebak dengan amalan-amalan kurafat atau lebih jauh akan melakukan perbuatan-perbuatan syirik kepada Allah. Sedangkan makhluk ini boleh saja menipu seperti layaknya manusia yang juga ada diantara mereka itu yang gemar menipu demi untuk kepentingan tertentu.

Contohnya bergini, diantara kita ramai yang kurang arif dan dapat membezakan antara orang Sweden dengan orang Denmark. Kerana tidak ada pengetahuan mengenai mereka. Atau dapatkah kita membezakan antara orang Jepun dengan orang Korea? Jika tidak mempunyai ketelitian yang benar-benar mengenainya, nescaya bisa saja manusia ini tertipu  kepada syaitan-syaitan atau golongan jin-jin kafir yang jahat. Dengan menyatakan yang mereka itu dari golongan jin, atau bunian yang Islam. Kesimpulannya disini, dalam mengambil sedikit menafaat dari perbuatan ini(berhubung dengan dunia bunian) perlukah kita meletakkan akidah sendiri dalam keadaan yang tidak selamat?

Tidak dinafikan yang manusia ini dibekalkan dengan sifat ingin tahu yang tinggi. Dan kerana itulah manusia itu maju, baik dari sudut rohani atau jasmaninya. Namun semua itu tidak membolehkan kita memandang ringan kepada perkara ini. Walau dalam keadaan apa sekalipun, bila melibatkan iman dan amal kita. Berbaliklah kepada syariat yang telah ditentukan, dan bagaimanakah sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Anda Mungkin berminat untuk membaca:
* Menarik duit dari alam jin
* Jin,sahabat dan khadam, sihir
* Cara Masuk Kealam Bunian
* Jin dalam Pandangan aku
* Asal Kejadian Jin
* Apakah atau Siapakah Qarin

Add comment


Security code
Refresh