You are here:

Hidup ini sesungguhnya sangatlah singkat, penuhkanlah ia dengan kasih sayang.

Bilik Kunfu wirajiwa

Bilik Kunfu Wirajiwa 18XU

Jul26

Pendinding Diri - Ruqyah Jibril

E-mail Print PDF

Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)

Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin. (Nanti saya usahakan kedua-duanya)

 
Jul26

Asal kejadian jin

E-mail Print PDF

Sebenarnya artikel ini bukanlah tulisan aku sendiri. Aku pun amek dari blog org lain juga. Tapi memandangkan ianya sangat berkaitan dengan tulisan2 aku yang terdahulu berkenaan dengan jin ini. Tambahan pula ianya lebih lengkap dalam susunan ilmiahnya lebih tepat. Maka suka untuk aku kongsikan disini juga. 

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Last Updated ( Monday, 26 July 2010 17:09 ) Read more...
 
Jul25

Adakah aku akan mati dalam keadaan ini?

E-mail Print PDF

Adakah aku akan mati dalam keadaan ini.? Dalam keadaan yang sangat sejuk dan sepi, dalam ruang kosong dan hampa. Mengenangkan waktu-waktu yang telah pergi, tidak banyak juga yang berubah. Dan mustahil bagiku yang kehidupan ini tiba-tiba akan melalui perubahan yang drastik. Itu hanya berlaku didalam filem-filem buatan manusia. Tidak dalam hidup realiti. Sekali lagi aku bertanya pada diri sendiri. Adakah aku akan mati begini? Dalam keadaan sempit dan sedikit?

Sangat sunyi menjadi tua dan gemuk di atas pembaringan mu sendirian. Dalam bilik tidur yang cahayanya kusam dan berhabuk. Yang tiada jambangan bunga dipenjuru-penjurunya. Dan dinding-dindingnya juga kosong tidak berhias kanvas. Melalui hari-hari yang penuh cahaya dengan seribu impian yang dibina dalam mimpi cuma.

Hendak campak? Campakkan saja rasa marah itu. Hendak simpan dan kunyah? Telan saja tanpa rungut dan kesal. Katanya itu menjadikan engkau lebih kuat dan tabah. Atau paling tidak ianya mendewasakanmu. Entah, telah aku cuba pada diriku, namun ia menjadi racun. Racun yang melumpuhkan daya fikir waras. Racun yang terasa sangat manis tetapi memamah semangatmu dari dalam, sehingga punah-ranah. Sehingga ia tidak bersisa. Sehingga ia menjadi hitam pekat , gelap. Dan hampir tidak mengenali dirinya sendiri.

Last Updated ( Monday, 26 July 2010 17:06 ) Read more...
 
Jul23

Bukan itu yang aku nak ceritakan

E-mail Print PDF

Sekian lama aku tak menulis.  Bukan tak ada benda yang nak di storykan. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Dan bila hidup kita terlalu sarat dengan peristiwa dan emosinya, juga menambah kesulitan dalam mengexpresikannya kedalam bentuk tulisan. Mencari kata-kata yang tepat  untuk diletakkan kedalam perenggan-perenggan yang sesuai.

Tadi aku terbaca dalam satu blog, pasal isteri yang suka membukakan aib rumah tangganya. Panjang lebar hujah dia pasal tur. Tak kurang dalil-dalilnya sekali. Hiskk , ader kerr isteri yang macam tur? Muskil ni. Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan kat sini.

Last Updated ( Sunday, 25 July 2010 14:05 ) Read more...
 
Page 4 of 78

AKU FAINTALLAH

JA slide show

DERMAWAN

rumah anak yatim

User Online

We have 3 guests online

Stats

Members : 1
Content : 388
Web Links : 53
Content View Hits : 148777

Vinaora Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday178
mod_vvisit_counterYesterday364
mod_vvisit_counterThis week1237
mod_vvisit_counterLast week2684
mod_vvisit_counterThis month3013
mod_vvisit_counterLast month14575
mod_vvisit_counterAll108066

Online (20 minutes ago): 7
Your IP: 38.107.191.107
,
Now is: 2010-09-09 17:26

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH